Saturday, August 21, 2010

Gelagat kemaskini berita

Seperti dijangka , portal berita di Malaysia akan mempunyai kemaskini yang pantas untuk liga yang overrated , EPL . Perlawanan yang tamat lebih kurang pada pukul 2.20 pagi telah mendapat kemaskini pada jam 2.51 pagi .

Berbanding dengan perlawanan tempatan yang lazimnya tamat pada jam 11 malam hanya akan mendapat liputan dan kemaskini pada keesokan harinya . 

Bagaimana bolasepak tempatan akan maju jika wartawan sukan pun berat sebelah ?


Mungkin wartawan sukan di Malaysia berdarah Inggeris ...





Hmm .

Wednesday, August 18, 2010

Khalid Jamlus dan FAM

Khalid Jamlus , bekas penyerang kebangsaan khabarnya dah sakit hati dengan FAM kerana dua isu , pertama kerana beliau tak dibenarkan bermain untuk pasukan T-Team kerana masih ada kontrak dengan ATM . Dan kedua kerana masalah gaji beliau dengan pasukan kelab Perak FA .


Untuk masalah pertama , Khalid yang disingkirkan dari ATM kerana masalah disiplin tidak dibenarkan bermain di mana-mana kelab lain oleh FAM . Walaupun sebelum ini kes sebegini pernah berlaku dan FAM membenarkan perpindahan pemain ke kelab lain tetapi berbeza dengan kes Khalid Jamlus . 

Bagi ghua , baguslah jika FAM berketat dengan peraturan Tetingkap Perpindahan . Maksudnya perpindahan pemain hanya boleh dilakukan pada ruang masa tertentu . Jadi ia akan jadi lebih teratur dan adil . Tak perlulah nama seperti Khalis Jamlus berungut untuk perkara seperti ini .

Untuk masalah kedua pula , Khalid telah menerima surat dari FAM untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 14 hari bermula 15 Julai lalu tetapi FAM masih sunyi . Beliau katanya boleh mengupah peguam untuk menyelesaikan masalah ini tetapi enggan kerana beliau masih ingin bermain bola sepak .

Soalnya , adakah membawa kes gaji yang tertunggak selama dua (2) tahun ke mahkamah akan menjejaskan peluang Khalid untuk bermain bola sedangkan beliau cuma menuntut keadilan atas kezaliman yang berlaku . Dan mengapa Khalid nak saman FAM . Khalid bermain untuk kelab FAM atau kelab Perak FA yang membawa kepada masalah gaji pemain ?




Hmm .