Monday, November 15, 2010

Malaysia gagal lagi , sejauh mana kaitan harga tiket mahal dan prestij ?


Skuad kebangsaan sempat pulang untuk menyambut Iduladha di kampung halaman selepas tewas 3-1 di pusingan kedua , 16 terbaik di tangan juara kumpulan B , Iran . 

Sebelum ini negara diserang gelombang amarah kepada pengadil Ben Williams yang melihatkan mutu pengadilan berat sebelah semasa perlawanan terakhir kumpulan A menemukan Malaysia dan China . Malaysia tumpas 3-0 .

Walaupun turun bermain di China dengan kehilangan tonggak utama , Kapten Aidil akibat keceraan , skuad bawah-23 kebangsaan menunjukkan semangat tidak berputus asa . Selepas Kapten kedua , Zamani Misbah pula dilanda masalah kecederaan , tugas kapten diberikan kepada Safiq Rahim . 

Namun , impian Safiq Rahim untuk membawa rakan-rakan lebih jauh disekat semasa perlawanan terakhir kumpulan A oleh Ben Williams yang memberikannya layangan kad merah hanya kerana protes lisan tanpa sentuhan kepada pengadil dari Australia tersebut . Selain Safiq , Jusali dan Kunanlan juga menjadi mangsa Ben Williams .

Turun tanpa 5 tonggak utama dari pertahanan sehingga lah penyerang melihatkan pemain-pemain Malaysia lupa tentang bagaimana mahu bermain bola .

Tendang ikut arah telor , tidak mahu mengawal bola , stop ball yang gagal , simple pass  yang tidak sampai , shielding tetapi hilang bola , memberi bola jauuuuuh dari pemain , sentiasa ingin menanduk bola walaupun tiada pressure , pemalas kejar bola samada offensive situation mahupun defensive situation dan takik kaki adalah aksi biasa yang dipamerkan di kancah bolasepak kebangsaan , dari liga taman-taman hinggalah liga Super . 

Malangnya , aksi inilah yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Malaysia yang berada di Guangzhou . Pemain yang boleh dikatakan berada di level yang lebih tinggi berbanding pemain lain yang hanya mampu menonton bola di RTM1 mahupun Astro Arena . Dan ianya bertambah teruk bila pemain-pemain berada didalam situasi tertekan .

Selagi masalah kualiti teknikal ini tidak dapat diselesaikan selagi itulah skuad Malaysia akan terus diselubungi harapan-harapan-harapan-harapan kosong . Selagi mutu permainan liga di negara tidak meningkat dan masih di tahap sekadar bermain , selagi itulah tabiat bermain buruk ini akan dibawa oleh siapa sahaja yang mewakili Malaysia .

FAM yang sebelum ini menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dengan memberikan prestij sebagai alasan , adakah mungkin akan berfikir sekali lagi ? Hmm .

Adakah dengan faktor tiket , bola sepak kita akan lebih meningkat naik ?




Hmm .