Tuesday, April 12, 2011

Tamat sudah musim 2010/2011 buat Chelsea .


Buat kesekian kalinya , Chelsea gagal meraih trofi Piala Liga Juara-Juara Eropah . 2010/2011 menyaksikan Chelsea kandas di Suku Akhir menentang Manchester United . Majoriti barisan pemain yang diturunkan sepanjang musim 2010/2011 adalah pemain pada musim lalu namun keberkesanan , keunikan , persefahaman yang ditonjolkan seperti telah diculik . 

Masih ingat overlaping dikiri dan kanan bahagian sayap oleh pemain sayap dan juga pemain pertahanan ?

Masih ingat dengan one touch football yang secara magikanya dipamerkan pemain-pemain yang sebelum ini lebih bermain secara hantaran berhati-hati ?

Persembahan prestasi yang ditunjukkan pemain Chelsea habis merudum dengan sangat teruk . Tiada konsistensi dan tiada kenaikan moral dilihat pada wajah-wajah pemain .

Pra kejatuhan .

Jika dikenang kembali , permulaan musim seperti biasa dimulakan dengan sesi kem musim panas yang dijalankan selepas tamatnya Piala Dunia . Pihak pengurusan memberikan cuti 14 hari kepada pemain-pemain antarabangsa . Chelsea , yang sarat dengan pemain antarabangsa yang bercampur baur kenegaraan telah kehilangan sebahagian besar pemain-pemain di dalam kem musim panas .

Dengan bercutinya pemain-pemain ini , tiada kesefahaman boleh dibentuk . Walaupun akan bermain dengan wajah-wajah yang sama tetapi setelah kurangnya persefahaman dalam permainan akan menjejaskan rentak pemain-pemain . 

Perlawanan persahabatan terakhir sebelum bermulanya musim dengan saingan Piala Perisai , barulah pemain-pemain ini dapat disatukan dalam satu permainan . Dan keputusannya ttidak memberangsangkan . Saingan Piala Perisai , Chelsea tumpas 1-3 kepada Manchester United .

Kejatuhan .

Dunia dikejutkan dengan penyingkiran , maaf , keputusan pihak lembaga tidak menyambungkan kontrak Ray Wilkins . Susuk yang banyak berjasa dalam permainan Chelsea sejak dari zaman Hang Tuah telah secara literal menjatuhkan moral para pemain . 

Telah menjadi tugas sebagai seorang pengurus untuk menaikkan semangat perjuangan pemain tetapi Carlo Ancelotti gagal menyempurnakannya . Pengurus yang baik perlu memahami pemain dan membuatkan strategi yang baik berdasarkan kemampuan pemain . Dan juga perlu menaikkan semangat semangat pemain yang telah luntur . Sekurang-kurangnya menjadikan pemain lebih berdisiplin .

Ingat peristiwa Ashley Cole membawa pistol dan menembak , maaf , tertembak staf semasa latihan di bilik persalinan ?


Tiada persafahaman ditambah dengan tiada semangat juang , apa lagi yang anda harapkan . Nasib , dan sedangkan nasib pun tidak menyebelahi Chelsea .

Kemuncak musim .

Perlawanan Liga Inggeris hanya berbaki enam perlawanan dan Chelsea berada di tempat ketiga dengan 58 mata , 11 mata dijarakkan dengan pendahulu liga . Misi untuk menduduki tempat pertama kelihatan sukar di atas kertas .

Secara pesimisnya , Chelsea dikira bertuah jika boleh merampas tempat kedua .

Saingan Piala Liga dan Piala FA juga telah terlepas dari genggaman Chelsea . Yang tinggal hanya saingan Liga-Liga Juara Eropah . Namun ia berakhir pagi tadi setelah Chelsea tumpas 1-3 secara agregat kepada Manchester United .

Ramai boleh katakan Chelsea dirompak sekali lagi oleh Uefa dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan . Tetapi jelas bahawa , Chelsea dirompak oleh pemain mereka sendiri . Tiada semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain sepertinya mereka tidak lagi ingin bermain untuk kelab ini .

Memang benar , beberapa nama-nama besar dan juga berusia akan meninggalkan Chelsea setelah habis musim ini , dan ada antara mereka sendiri yang menyatakan hasrat tersebut . Di pihak Carlo Ancelotti pula , beliau hanya tersenyum dan membiarkan pemain bersuar ikut suka .

Beberapa pemain pula tidak menemui sentuhan mereka setelah baru pulih dari kecederaan . 

Kemasukan pemain baru menambah suka dan duka . Di satu hujung , corak permainan memberangsangkan manakala di satu hujung , permainan seperti yo-yo . 

Dan lebih menambah duka kepada kepayahan sedia ada , Carlo Ancelotti masih menurunkan pemain-pemain yang tidak memberi aksi terbaik , yang tidak bermain sepenuh hati , yang masih tercari-cari . Sudahnya , yang dicari tak jumpa , bola di kaki diambil orang . 

Penyelesaian .

Chelsea perlukan pengurus yang bukan sahaja boleh membuat formasi dengan baik tetapi juga mengawal adab dan disiplin pemain di atas padang . Carlo Ancelotti tidak mempunyainya . Bukannya ghua katakan Ancelotti tidak bagus , beliau adalah insan yang cemerlang tetapi itu tidak cukup untuk sebuah pasukan yang mantap . 

Bagi ghua , ada tiga pilihan .

1. Ancelotti kekal di Chelsea . Pemain-pemain akan banyak keluar dan beberapa akan masuk . Pemain muda sedia ada yang menonjol dan konsisten perlu dikekalkan . Biarkan Ancelotti betul-betul dengan keputusan taktikal beliau dan kita lihat hasilnya .

2. Ancelotti keluar Jose masuk . Ramai memuja-muja susuk Jose untuk kembali ke Chelsea . Dengan reputasi pengurusan yang mempunyai taktikal yang diadaptasi dari kemampuan pemain , Jose juga mampu mengawal minda dan disiplin pemain beliau .

Ramai yang mencemuh bahawa Jose akan mengembalikan corak bola sepak bertahan yang bosan untuk ditonton . Mungkin ya , jika pemain yang ada adalah pemain yang bermain dengan corak tersebut . Namun kini , Chelsea mempunyai pemain yang kreatif ; Joshua , Benayoun , Ramires , David Luiz , Daniel Sturridge dan mungkin Neymar . Lihat saja prestasi Real Madrid sebagai bukti . 

3. Ancelotti keluar Guus Hiddink masuk . Pengurus yang ghua lebih segani dari Jose sendiri . Bijak mengatur strategi mengikut cara permainan pemain dan juga pasukan lawan . Juga mampu untuk mengawal pemain secara ilmiah . Guus juga lebih media darling dari Jose . 

Setelah apa yang berlaku , ghua tetap akan bersabar untuk menunggu tahun hadapan . Musim ini , ghua tutup kedai awal . Kekal di tangga ketiga adalah perlu , mendapat tempat kedua adalah hadiah , menjuarai Liga adalah keajaiban . 

Disebalik semua ini , kita boleh lihat penyokong mana yang true (even baru nak sokong) dan penyokong mana yang lalang . We will overcome this , together .

p/s: Tahniah kepada Manchester United . Anda berhak menang .




Carefree .