Tuesday, April 12, 2011

Tamat sudah musim 2010/2011 buat Chelsea .


Buat kesekian kalinya , Chelsea gagal meraih trofi Piala Liga Juara-Juara Eropah . 2010/2011 menyaksikan Chelsea kandas di Suku Akhir menentang Manchester United . Majoriti barisan pemain yang diturunkan sepanjang musim 2010/2011 adalah pemain pada musim lalu namun keberkesanan , keunikan , persefahaman yang ditonjolkan seperti telah diculik . 

Masih ingat overlaping dikiri dan kanan bahagian sayap oleh pemain sayap dan juga pemain pertahanan ?

Masih ingat dengan one touch football yang secara magikanya dipamerkan pemain-pemain yang sebelum ini lebih bermain secara hantaran berhati-hati ?

Persembahan prestasi yang ditunjukkan pemain Chelsea habis merudum dengan sangat teruk . Tiada konsistensi dan tiada kenaikan moral dilihat pada wajah-wajah pemain .

Pra kejatuhan .

Jika dikenang kembali , permulaan musim seperti biasa dimulakan dengan sesi kem musim panas yang dijalankan selepas tamatnya Piala Dunia . Pihak pengurusan memberikan cuti 14 hari kepada pemain-pemain antarabangsa . Chelsea , yang sarat dengan pemain antarabangsa yang bercampur baur kenegaraan telah kehilangan sebahagian besar pemain-pemain di dalam kem musim panas .

Dengan bercutinya pemain-pemain ini , tiada kesefahaman boleh dibentuk . Walaupun akan bermain dengan wajah-wajah yang sama tetapi setelah kurangnya persefahaman dalam permainan akan menjejaskan rentak pemain-pemain . 

Perlawanan persahabatan terakhir sebelum bermulanya musim dengan saingan Piala Perisai , barulah pemain-pemain ini dapat disatukan dalam satu permainan . Dan keputusannya ttidak memberangsangkan . Saingan Piala Perisai , Chelsea tumpas 1-3 kepada Manchester United .

Kejatuhan .

Dunia dikejutkan dengan penyingkiran , maaf , keputusan pihak lembaga tidak menyambungkan kontrak Ray Wilkins . Susuk yang banyak berjasa dalam permainan Chelsea sejak dari zaman Hang Tuah telah secara literal menjatuhkan moral para pemain . 

Telah menjadi tugas sebagai seorang pengurus untuk menaikkan semangat perjuangan pemain tetapi Carlo Ancelotti gagal menyempurnakannya . Pengurus yang baik perlu memahami pemain dan membuatkan strategi yang baik berdasarkan kemampuan pemain . Dan juga perlu menaikkan semangat semangat pemain yang telah luntur . Sekurang-kurangnya menjadikan pemain lebih berdisiplin .

Ingat peristiwa Ashley Cole membawa pistol dan menembak , maaf , tertembak staf semasa latihan di bilik persalinan ?


Tiada persafahaman ditambah dengan tiada semangat juang , apa lagi yang anda harapkan . Nasib , dan sedangkan nasib pun tidak menyebelahi Chelsea .

Kemuncak musim .

Perlawanan Liga Inggeris hanya berbaki enam perlawanan dan Chelsea berada di tempat ketiga dengan 58 mata , 11 mata dijarakkan dengan pendahulu liga . Misi untuk menduduki tempat pertama kelihatan sukar di atas kertas .

Secara pesimisnya , Chelsea dikira bertuah jika boleh merampas tempat kedua .

Saingan Piala Liga dan Piala FA juga telah terlepas dari genggaman Chelsea . Yang tinggal hanya saingan Liga-Liga Juara Eropah . Namun ia berakhir pagi tadi setelah Chelsea tumpas 1-3 secara agregat kepada Manchester United .

Ramai boleh katakan Chelsea dirompak sekali lagi oleh Uefa dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan . Tetapi jelas bahawa , Chelsea dirompak oleh pemain mereka sendiri . Tiada semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain sepertinya mereka tidak lagi ingin bermain untuk kelab ini .

Memang benar , beberapa nama-nama besar dan juga berusia akan meninggalkan Chelsea setelah habis musim ini , dan ada antara mereka sendiri yang menyatakan hasrat tersebut . Di pihak Carlo Ancelotti pula , beliau hanya tersenyum dan membiarkan pemain bersuar ikut suka .

Beberapa pemain pula tidak menemui sentuhan mereka setelah baru pulih dari kecederaan . 

Kemasukan pemain baru menambah suka dan duka . Di satu hujung , corak permainan memberangsangkan manakala di satu hujung , permainan seperti yo-yo . 

Dan lebih menambah duka kepada kepayahan sedia ada , Carlo Ancelotti masih menurunkan pemain-pemain yang tidak memberi aksi terbaik , yang tidak bermain sepenuh hati , yang masih tercari-cari . Sudahnya , yang dicari tak jumpa , bola di kaki diambil orang . 

Penyelesaian .

Chelsea perlukan pengurus yang bukan sahaja boleh membuat formasi dengan baik tetapi juga mengawal adab dan disiplin pemain di atas padang . Carlo Ancelotti tidak mempunyainya . Bukannya ghua katakan Ancelotti tidak bagus , beliau adalah insan yang cemerlang tetapi itu tidak cukup untuk sebuah pasukan yang mantap . 

Bagi ghua , ada tiga pilihan .

1. Ancelotti kekal di Chelsea . Pemain-pemain akan banyak keluar dan beberapa akan masuk . Pemain muda sedia ada yang menonjol dan konsisten perlu dikekalkan . Biarkan Ancelotti betul-betul dengan keputusan taktikal beliau dan kita lihat hasilnya .

2. Ancelotti keluar Jose masuk . Ramai memuja-muja susuk Jose untuk kembali ke Chelsea . Dengan reputasi pengurusan yang mempunyai taktikal yang diadaptasi dari kemampuan pemain , Jose juga mampu mengawal minda dan disiplin pemain beliau .

Ramai yang mencemuh bahawa Jose akan mengembalikan corak bola sepak bertahan yang bosan untuk ditonton . Mungkin ya , jika pemain yang ada adalah pemain yang bermain dengan corak tersebut . Namun kini , Chelsea mempunyai pemain yang kreatif ; Joshua , Benayoun , Ramires , David Luiz , Daniel Sturridge dan mungkin Neymar . Lihat saja prestasi Real Madrid sebagai bukti . 

3. Ancelotti keluar Guus Hiddink masuk . Pengurus yang ghua lebih segani dari Jose sendiri . Bijak mengatur strategi mengikut cara permainan pemain dan juga pasukan lawan . Juga mampu untuk mengawal pemain secara ilmiah . Guus juga lebih media darling dari Jose . 

Setelah apa yang berlaku , ghua tetap akan bersabar untuk menunggu tahun hadapan . Musim ini , ghua tutup kedai awal . Kekal di tangga ketiga adalah perlu , mendapat tempat kedua adalah hadiah , menjuarai Liga adalah keajaiban . 

Disebalik semua ini , kita boleh lihat penyokong mana yang true (even baru nak sokong) dan penyokong mana yang lalang . We will overcome this , together .

p/s: Tahniah kepada Manchester United . Anda berhak menang .




Carefree .

Friday, March 4, 2011

Kecundangnya penyandang juara .


Bila satu-satu pasukan dipenuhi pemain berkaliber dan bertaraf lebih bagus , maka , untuk mana-mana perlawanan peratusan kemenangan akan lebih tinggi . Bolasepak , secara peraturannya , pasukan mana yang jaringkan gol lebih banyak , pasukan tersebut menang . 

Tetapi bagaimana untuk menjaringkan gol yang banyak , ataupun sekurang-kurangnya menjaringkan gol ?

1. Build-Up play . Pemain dalam satu-satu pasukan perlu untuk berjaya mencorakkan permainan . Short Pass , Through Pass , Dummy , Forward Run , faktor-faktor inilah yang menyumbangkan kepada Build-Up Play yang baik . Tiada yang sempurna dalam mana-mana hal begitu juga dalam bola sepak . Tetapi jika satu-satu pasukan dipenuhi oleh pemain-pemain yang bertaraf lebih bagus , takkan semua aspek ini tidak boleh dipenuhi sekurang-kurangnya 70% ?

2. Ball Control . Ball Control boleh ghua bahagikan kepada dua . On the feet dan juga on the air . Untuk menjaringkan gol , taktik Long Ball juga boleh dipraktikkan . Bila bola dihantar jauh , penting untuk mana-mana pemain yang menerima bola menghantar kembali bola ataupun mengawal bola . Buat pasukan yang dipenuhi pemain bertaraf lebih bagus , takkan asas bolasepak ini tidak boleh dilaksanakan ?

3. Persefahaman . Larian , hantaran dan dummy memerlukan persefahaman yang baik . Persefahaman yang bertaraf baik cukup untuk satu-satu pasukan menghasilkan jaringan . Inikan pula pasukan yang bertaraf lebih bagus , takkan tak boleh nak capai persefahaman yang cemerlang selepas mengharungi lebih sepuluh (termasuk persahabatan) perlawanan bersama ?

4. Nasib . Dah nasib , menang lah ! Ditambah pula pasukan tersebut dipenuhi dengan pemain yang bertaraf lebih baik . Takkan dah nasib pun kalah ?

5. Semangat dan emosi . Pasukan yang bermain kerana inginkan kemenangan akan lebih beraksi cemerlang . Biarpun ketinggalan , biarpun bermain dengan kekurangan pemain , biarpun bermain dengan keadaan cedera , jika bermain dengan semangat dan tidak diselubungi masalah emosi , maka pasukan tersebut pasti boleh menjaringkan gol . Tetapi kalau pasukan tersebut dipenuhi dengan pemain bertaraf lebih baik , maka gaji pun lebih banyak , main macam celaka pun gaji tetap banyak , kan .

Ghua baru pulang dari STAR of Paroi . Selepas kecewa ditangan Kelantan FA dalam kancah Liga Super , hasrat ghua melihat Negeri Sembilan melangkah ke Suku Akhir Piala FA gagal apabila Negeri Sembilan tumpas kepada KLFA didalam penentuan sepakan penalti . 

Pasukan Jang tahun ini dibarisi pemain yang bertaraf lebih bagus tetapi setakat ini gagal menunjukkan hasil yang diingini ... Dan malam tadi kelima-lima faktor yang ghua bagi tadi langsung tidak dipamerkan skuad Jang . Dimana Silapnya ? 




Hmm .

Monday, November 15, 2010

Malaysia gagal lagi , sejauh mana kaitan harga tiket mahal dan prestij ?


Skuad kebangsaan sempat pulang untuk menyambut Iduladha di kampung halaman selepas tewas 3-1 di pusingan kedua , 16 terbaik di tangan juara kumpulan B , Iran . 

Sebelum ini negara diserang gelombang amarah kepada pengadil Ben Williams yang melihatkan mutu pengadilan berat sebelah semasa perlawanan terakhir kumpulan A menemukan Malaysia dan China . Malaysia tumpas 3-0 .

Walaupun turun bermain di China dengan kehilangan tonggak utama , Kapten Aidil akibat keceraan , skuad bawah-23 kebangsaan menunjukkan semangat tidak berputus asa . Selepas Kapten kedua , Zamani Misbah pula dilanda masalah kecederaan , tugas kapten diberikan kepada Safiq Rahim . 

Namun , impian Safiq Rahim untuk membawa rakan-rakan lebih jauh disekat semasa perlawanan terakhir kumpulan A oleh Ben Williams yang memberikannya layangan kad merah hanya kerana protes lisan tanpa sentuhan kepada pengadil dari Australia tersebut . Selain Safiq , Jusali dan Kunanlan juga menjadi mangsa Ben Williams .

Turun tanpa 5 tonggak utama dari pertahanan sehingga lah penyerang melihatkan pemain-pemain Malaysia lupa tentang bagaimana mahu bermain bola .

Tendang ikut arah telor , tidak mahu mengawal bola , stop ball yang gagal , simple pass  yang tidak sampai , shielding tetapi hilang bola , memberi bola jauuuuuh dari pemain , sentiasa ingin menanduk bola walaupun tiada pressure , pemalas kejar bola samada offensive situation mahupun defensive situation dan takik kaki adalah aksi biasa yang dipamerkan di kancah bolasepak kebangsaan , dari liga taman-taman hinggalah liga Super . 

Malangnya , aksi inilah yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Malaysia yang berada di Guangzhou . Pemain yang boleh dikatakan berada di level yang lebih tinggi berbanding pemain lain yang hanya mampu menonton bola di RTM1 mahupun Astro Arena . Dan ianya bertambah teruk bila pemain-pemain berada didalam situasi tertekan .

Selagi masalah kualiti teknikal ini tidak dapat diselesaikan selagi itulah skuad Malaysia akan terus diselubungi harapan-harapan-harapan-harapan kosong . Selagi mutu permainan liga di negara tidak meningkat dan masih di tahap sekadar bermain , selagi itulah tabiat bermain buruk ini akan dibawa oleh siapa sahaja yang mewakili Malaysia .

FAM yang sebelum ini menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dengan memberikan prestij sebagai alasan , adakah mungkin akan berfikir sekali lagi ? Hmm .

Adakah dengan faktor tiket , bola sepak kita akan lebih meningkat naik ?




Hmm .

Saturday, October 30, 2010

Tahniah ,

Tahniah kepada pemain dan skuad pasukan Kelantan kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia 2010 .

Tahniah kepada penyokong N.Sembilan kerana berjaya mengawal emosi juga adab dan tidak membaling objek ke arah FRU dan padang .

Tahniah kepada FAM kerana membuka 70% ruang penonton kepada penyokong Kelantan dan 'berjaya' menggunakan khidmat K9 untuk mengesan mercun .

Tahniah kepada semua peminat bolasepak tanah air , saingan bolasepak negara tahun ini telah berakhir . Janganlah menyepikan diri dan teruslah menyokong pasukan masing-masing ketika menang dan juga ketika kalah . Diharapnya satu hari nanti , impian penyokong bolasepak sebenar untuk melihat scene Malaysia mempunyai liga yang berprestij dan tiada lagi unsur-unsur kenegerian ; hanya kelab-kelab yang bertanding akan termakbul . 

Gomo Jang Gomo .
Hobin Awe Hobin .

Tuesday, October 26, 2010

Betapa prestijnya bola sepak Malaysia

Harga tiket final Piala Malaysia yang menemukan Negri Sembilan dan Kelantan pada Sabtu , 30 hb 10 telah dinakkan . Nilai grand stand adalah rm50 dan tempat duduk normal adalah rm30 berbanding sebelum ini , rm30 dan rm15 masing-masing . Alasan utama FAM adalah untuk menaikkan prestij bola sepak Malaysia .

Kenyataan yang digunapakai pihak FAM mengatakan jika Malaysia bertemu Chelsea , rm50 , rm80 ke rm100 sanggup dibayar menunjukkan prestijnya perlawanan tersebut , maka FINAL Piala Malaysia berhak mendapat prestij yang lebih tinggi . Kenyataan itu juga berbunyi seperti mencabar penyokong untuk membeli jua tiket perlawanan yang sememangnya boleh ghua katakan bahawa tiket akan tetap habis jika membabitkan Kelantan dan Negri Sembilan didalam satu perlawanan .

Prestij bola sepak pada hemat FAM tidak hanya dengan menaikkan harga tiket , dan menaiktaraf Stadium biar lebih besar dan cantik , tetapi juga larangan penjualan makanan dan minuman di dalam Stadium .

Ghua dapat rasakan bahawa Unit Melabel dan Melobi yang ada pada FAM terlepas pandang pada apa yang ada pada negara-negara yang berjaya ke Piala Dunia . Mereka ada pemain yang bagus dan mereka ada skuad pelapis yang cemerlang . Itu lah yang membuatkan bolasepak mereka berprestij .

Tetapi jangan kita risau , Malaysia juga berprestij kerana mempunyai harga tiket perlawanan yang tinggi , Stadium yang besar gedabak tetapi selalu kosong dan juga tiada makanan dan minuman dijual didalam stadium .

Masih tersemat insiden penyokong Kelantan yang meninggal dunia di Stadium Shah Alam kerana masalah sesak nafas . Bayangkan jika Stadium BJ dibanjiri lautan manusia , berapa ramai orang yang boleh terhidrasi . Di bantu dengan suasana panah pale  , paneh telingo , hangat dan lembab akibat sorakan memaki pemain , pengadil , FAM dan juga men'troll' FRU , berapa ramai pula yang berpeluang untuk menghembuskan nafas terakhir di Stadium BJ ? Itu belum kira yang menyuits awek-awek dan gewe-gewe yang lalu lalang .

Pada hemat ghua , FAM ingin mencipta rekod Malaysia " kematian terbanyak dalam satu perlawanan bola tanpa rusuhan " . Lagipun , memecah rekod adalah kemahiran orang Malaysia . Kita lebih suka buat benda yang mengarut dan mendapat anugerah serta perhatian media dari berusaha menjadi lebih baik . Lagipun buat benda mengarut memang buatkan hidup kita ada life .

Unit Melabel dan Melobi juga mungkin telah menemui hasil kajian yang mengatakan bahawa , kertas bungkusan Burger Ramlee , plastik lutsinar bungkus minuman , kertas cawan dan bekas polisterin boleh mendatangkan masalah keselamatan perlawanan bola sepak . Dengan pengharaman jualan makanan dan minuman memang bolasepak Malaysia akan naik satu lagi tahap prestijnya .

+10000 untuk prestij bola sepak Malaysia dengan penganugerahan Datuk Seri kepada Joseph Sepp Blater oleh presiden FAM . Memang banyak jasa Datuk Seri Joseph kepada bola sepak Malaysia . Dengan pemberian anugerah ini , prestij bolasepak Malaysia menjadi lebih baik . Kita sudah tidak perlukan pemain yang berkualiti , kerana kita sudah ada Datuk Seri Joseph Blater . Bila Joseph Blater sudah tiada , FAM boleh pula memberi Datuk Seri kepada Maradona ataupun Drogba . Jika nak lagi berprestij , jangan tunggu sampai Joseph Blater sudah tiada . Esok lusa boleh lah menganugerahkan Datuk Seri kepada David Beckham atau/dan Oliver Kahn .

Bola sepak Malaysia kini lebih berprestij . Berbanggalah luols dengan prestij ini kerana bolasepak kita , wajah anda . 




Hmm .

Tuesday, October 12, 2010

Keputusan suku akhir pertama : Al-Fatihah .

Jika dalam perlawanan bolasepak membabitkan perseteruan , tidak sah jika tiada berlagu pertelagahan . Istilah riot ghua rasa adalah paling sesuai . jika ada kecelakaan pada kedua-dua belah pihak , samada cedera ringan , cedera berat mahupun kematian , kita boleh gelarkan riot .

Tetapi jika hanya disajikan kecelakaan pada sebelah pihak sahaja , ia adalah lebih kepada ke-pengganas-an .

Perlawanan bolasepak suku akhir Piala Malaysia menemukan perseteruan diantara Selangor dan Kelantan . Ultras Selangor tidak perlu diperkenalkan lagi , dengan sejarah keganasan yang 'ditutup' sebelah mata oleh FAM sekian lama . Dan Fanatika Kelantan juga yang dikenali dengan sikap liar tidak kira dalam apa jua aspek mahupun skop kehidupan . Tetapi bukanlah semua umat Selangor dan Kelantan boelh dilabel sebagai buruk . Ghua sendiri bersahabat dengan umat Selangor dan Kelantan yang boleh dilabel sebagai noble .

Berbalik kepada perlawanan , wisel penamat dibunyikan menandakan perlawanan berakhir seri kosong sama . Yang lebih mengharukan ialah perlawanan ini mencatat dua (2) kematian . Sumber memberitahu kematian pertama adalah kerana masalah kesihatan , sesak nafas . Dan yang kedua adalah akibat perbuatan 'pengganas' . Kedua-dua kematian ini membabitkan penyokong Kelantan .


Lebih memeranjatkan ialah , TIADA kecelakaan dilaporkan untuk pihak Selangor . Untuk satu ketika , ghua akan katakan penyokong Kelantan tidak bersalah . Mungkin kerana ghua belum mengetahui situasi dipihak Ultras Selangor tetapi ghua akan sertakan disini , karangan dari pihak Kelantan . 

Adakah kita akan kembali ke era zaman-zaman The Headhunters , The Gooners , The Yids ,  Adlerfront , Inter City Firm , Jack Army , Hooligans that make football match a war field ? 

Adakah FAM akan mengambil tindakan terhadap Selangor FA ataupun terus menutup sebelah mata ?

Adakah ini yag kita boleh katakan , bolasepak kita , wajah kita ?




Hmm .

Saturday, September 18, 2010

Wayne Rooney : lubuk lauk .



Malam ni aksi Liga Perdana Inggeris mempunyai jadual yang hebat , pertemuan musuh tradisi antara Manchester United dan Liverpool FC . Maka tidak hairanlah buat julung-julung kalinya ghua terbaca di ruangan rencana , terdapat artikel mengenai perlawanan malam ini . 

Ruangan yang lazimnya membincangkan hal-hal semasa dan politik ini telah diisi dengan cerita bolasepak bepaksikan Manchester United . Jelas , si penulis telah mengkambing hitam kan Wayne Rooney jika malam ini Manchester United gagal dalam misi bertemu Liverpool FC . Selain mengkambing hitamkan Rooney , penulis juga masih mendewakan Alex Ferguson , Sir . 

Ghua terfikir , macammana lah overrated EPL tak digilai ramai jika penulis akhbar pun mengangkat tinggi martabat Liga Inggeris .

Agak-agak minggu-minggu depan ada tak dalam ruang rencana ni nak cerita perihal Piala Malaysia ? 




Hmm .