Saturday, July 24, 2010

Puji , binasa . Tapi maki tak berjaya-jaya .

Kebanyakan akibat memuji-muji membawa kemusnahan . Orang art yang asik dipuji-puji boleh sentiasa bangga dan membuat art sambil lewa . Pun begitu , masih ada yang puji . Bagi yang dimaki pula , akan tersentak dan sedar dari khayalan . Begitu hebat penangan puji dan maki .

Lihat sahaja bagaimana Dato' Lee Chong Wei dan skuad badminton negara di puji melambung-lambung pada edisi Thomas lepas . Akibatnya , LEMAS .
Lihat saja pujian pada pasukan bolasepak England , Itali , Perancis , Brazil dan Argentina pada edisi Piala Dunia lepas . Akibatnya , kandas .

Tapi , ghua rasa bola sepak Malaysia sudah lama kena maki . Kenapa tak berjaya-jaya juga ya?




Hmm .

Wednesday, July 21, 2010

Harimau lawan Harimau

Bola Malaysia . Sejarahnya tidak hebat . Tidak sehebat sejarah bola sepak orang disana . Mereka bermula hebat , 10 , 20 , 30 tahun sudah bergelar pencabar di arena dunia . Ya , sejarah bola Malaysia tidak hebat . Buktikan ghua salah bila ghua katakan bola sepak Malaysia tidak hebat . Maksud ghua , dari segi pencapaian bola sepak , bukannya perang dan juga timbunan masalah yang berlarutan .

Dikala bola sepak kita sekarang terus menjadi tidak hebat , kita akan disajikan satu perlawanan . Katanya kerana menyambut keputusan Presiden FAM untuk kekal dikerusi baginda . 25hb Julai , bukit jalil , Harimau Malaya bertemu Harimau Korea .

Harimau Muda V Skuad Olimpik Korea Selatan

Agak-agak kalau Harimau Malaya tumpas , Tuanku Presiden nak tak letak jawatan selepas 26 tahun?




Hmm .

Sunday, July 18, 2010

Howard Webb , Ferguson dan konspirasi .

Howard Webb dikritik hebat oleh media antarabangsa . Gara-gara segala keputusannya di dalam perlawanan AKHIR PialaDunia2010 antara Sepanyol dan Belanda .
Lebih menarik lagi , Sir Alex Ferguson , pengurus Manchester United kini telah mempertahankan Howard Webb . Katanya " ianya perlawanan akhir dan segala keputusan penting untuk kepuasan semua pihak . Kad merah terlebih awal , dia akan dkritik . Tidak memberi kad merah , dia akan dikritik . Berat tugas Howard webb ni " . Kata Ferguson .

Semua pengurus bola yang baik dan pengadil yang bertaraf dunia tahu perkara ini . Tetapi mengapa Alex Ferguson yang bersuara mempertahankan Howard Webb ? Seperti yang kita tahu , Ferguson akan tetap mempertahankan pemain beliau walaupun mereka membuat silap , sekurang-kurangnya beliau akan senyap . Sentiasa mencari kesalahan pihak lawan dan ia membuatkan Ferguson lebih jitu sebagai pengurus bola sepak . Ada siapa-siapa pernah baca tentang Alex Ferguson bercakap tentang Gol Tangan Macheda pada season lepas , penyikuan dari Ferdinand semasa perlawanan menentang Hull City ?
TIDAK , CR is never a DIVER .

Ironinya , kali ini Ferguson tampil mempertahankan seorang lagi pemain kesayangan beliau , Howard Webb .

Agaknya-agaknya kalau dekat Malaysia jika  Badrul Hisham Kalam buat salah di peringkat luar , sekurang-kurangnya AFC , Abdul Shukor Salleh nak tak pertahankan beliau ?

Err .. Kalau ya , agak-agak SPRM buat siasatan ke tak ?




Hmm .

Saturday, July 17, 2010

KL - Kelantan : Liga Super

Ghua sempat layan first half . Kuala Lumpur 0-2 Kelantan .

Kalau dekat England , EFA akan ambil tindakan jika ada kesalahan atas padang yang patut diberi perhatian lebih . Contohnya jika John Terry menyiku keras Paul Scholes tetapi Howard Webb tak beri sebarang aksi kecuali sepakan percuma , Alex Ferguson akan hantar laporan bantahan dan EFA akan buat siasatan lanjut untuk mendenda John Terry ataupun tidak , selalunya memang kena hukuman . Seperti apa yang dikenakan terhadap Rio Ferdinand pada musim 09/10 .

Tadi Indra Putra Mahyudin selamba saja menhentam siku dekat kepala [ pemain Kuala Lumpur ] . Agak-agakya Nokman Mustaffa nak tak buat laporan bantahan , hantar dekat FAM ?

Err , nak ke FAM ambil kisah semua ni ?




Hmm .

Istana Kristal dan Chelsea

Pemain-pemain yang terlibat dalam Piala Dunia masih bercuti , ini memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi . Muka-muka stended dalam skuad malam ini adalah Cech , Hilario , Turnbull , Essien , Mikel dan Daniel "Selfish" Sturridge . Ya , ketiga-tiga Penjaga Gawang dapat bermain selama 30 minit seorang . Cun !

Essien yang baru kebah kembali beraksi dengan trademark stended beliau , longshot ke palang . TANG !! macamtu jugaklah bunyik jantung ghua . Mikel juga kembali dengan aksi stended , short and simple pass tak sampai dan pasukan lawan boleh counter attack . KANG ! bunyi ghua hentak meja .

Skuad malam ni banyak bermain seorang diri , peluang mereka untuk menunjukkan kebolehan kononnya . Tapi mereka yang tidak bersifat demikian yang menarik perhatian ghua . Ryan Bertrand dan Josh McEachran  mendapat pujian ghua . gud boy .

Essien menjaringkan gol kemenangan apabila secara ajaibnya Sturridge menghantar bola kepada Josh dan lorongan mudah kepada Essien untuk rembatan dan CELAKE , SENYAP LAH !! jeritan jiran ghua .

Istana Kristal 0 - 1 Essien .