Tuesday, October 26, 2010

Betapa prestijnya bola sepak Malaysia

Harga tiket final Piala Malaysia yang menemukan Negri Sembilan dan Kelantan pada Sabtu , 30 hb 10 telah dinakkan . Nilai grand stand adalah rm50 dan tempat duduk normal adalah rm30 berbanding sebelum ini , rm30 dan rm15 masing-masing . Alasan utama FAM adalah untuk menaikkan prestij bola sepak Malaysia .

Kenyataan yang digunapakai pihak FAM mengatakan jika Malaysia bertemu Chelsea , rm50 , rm80 ke rm100 sanggup dibayar menunjukkan prestijnya perlawanan tersebut , maka FINAL Piala Malaysia berhak mendapat prestij yang lebih tinggi . Kenyataan itu juga berbunyi seperti mencabar penyokong untuk membeli jua tiket perlawanan yang sememangnya boleh ghua katakan bahawa tiket akan tetap habis jika membabitkan Kelantan dan Negri Sembilan didalam satu perlawanan .

Prestij bola sepak pada hemat FAM tidak hanya dengan menaikkan harga tiket , dan menaiktaraf Stadium biar lebih besar dan cantik , tetapi juga larangan penjualan makanan dan minuman di dalam Stadium .

Ghua dapat rasakan bahawa Unit Melabel dan Melobi yang ada pada FAM terlepas pandang pada apa yang ada pada negara-negara yang berjaya ke Piala Dunia . Mereka ada pemain yang bagus dan mereka ada skuad pelapis yang cemerlang . Itu lah yang membuatkan bolasepak mereka berprestij .

Tetapi jangan kita risau , Malaysia juga berprestij kerana mempunyai harga tiket perlawanan yang tinggi , Stadium yang besar gedabak tetapi selalu kosong dan juga tiada makanan dan minuman dijual didalam stadium .

Masih tersemat insiden penyokong Kelantan yang meninggal dunia di Stadium Shah Alam kerana masalah sesak nafas . Bayangkan jika Stadium BJ dibanjiri lautan manusia , berapa ramai orang yang boleh terhidrasi . Di bantu dengan suasana panah pale  , paneh telingo , hangat dan lembab akibat sorakan memaki pemain , pengadil , FAM dan juga men'troll' FRU , berapa ramai pula yang berpeluang untuk menghembuskan nafas terakhir di Stadium BJ ? Itu belum kira yang menyuits awek-awek dan gewe-gewe yang lalu lalang .

Pada hemat ghua , FAM ingin mencipta rekod Malaysia " kematian terbanyak dalam satu perlawanan bola tanpa rusuhan " . Lagipun , memecah rekod adalah kemahiran orang Malaysia . Kita lebih suka buat benda yang mengarut dan mendapat anugerah serta perhatian media dari berusaha menjadi lebih baik . Lagipun buat benda mengarut memang buatkan hidup kita ada life .

Unit Melabel dan Melobi juga mungkin telah menemui hasil kajian yang mengatakan bahawa , kertas bungkusan Burger Ramlee , plastik lutsinar bungkus minuman , kertas cawan dan bekas polisterin boleh mendatangkan masalah keselamatan perlawanan bola sepak . Dengan pengharaman jualan makanan dan minuman memang bolasepak Malaysia akan naik satu lagi tahap prestijnya .

+10000 untuk prestij bola sepak Malaysia dengan penganugerahan Datuk Seri kepada Joseph Sepp Blater oleh presiden FAM . Memang banyak jasa Datuk Seri Joseph kepada bola sepak Malaysia . Dengan pemberian anugerah ini , prestij bolasepak Malaysia menjadi lebih baik . Kita sudah tidak perlukan pemain yang berkualiti , kerana kita sudah ada Datuk Seri Joseph Blater . Bila Joseph Blater sudah tiada , FAM boleh pula memberi Datuk Seri kepada Maradona ataupun Drogba . Jika nak lagi berprestij , jangan tunggu sampai Joseph Blater sudah tiada . Esok lusa boleh lah menganugerahkan Datuk Seri kepada David Beckham atau/dan Oliver Kahn .

Bola sepak Malaysia kini lebih berprestij . Berbanggalah luols dengan prestij ini kerana bolasepak kita , wajah anda . 




Hmm .

No comments: